Jumaat, September 18, 2009



Baba Roshidan, Mama Moden, Nurul Ain Fathihah, Mohd Afnan Fathurrahman, Nurul Amirah Fatin, Nurul Adeebah Rarzana, Nurul Atiqah Farhani, Nurul Adilah Farihah dan Mohamad Adnin Firdaus mengucapkan Selamat Menyambut Aidul Fifri Al-Mubarak, Memohon Ampun dan maaf kepada semua umat Islam dimana jua berada, juga kepada rakan bloggers seluruhnya. SALAM DIHULUR MEMOHON MAAF ZAHIR BATIN.

Khamis, September 17, 2009

Kembali Mengadap Rabbul Jalil

Ibu kepada Termizi Bin Abdullah, teman sekuliah semasa kuliah PJJ UKM 98/2004 telah kembali kehadrat Rabbul Jalil pada malam tadi, Jenazah Bonda akan di kebumikan pada Jam 11 pagi ini.
Semuga Allah mencucuri RahmatNya keatas roh Allahyarham. Amin.

Selasa, September 15, 2009

Kad Raya


Sedang sibuk menyiapkan tugasan untuk dihantar ke Unit Peperiksaan dan Penilaian pada pagi kelmarin, 14 September 2009, memang sedang kekalutan kerana meja saya sentiasa sibuk dengan taman setugas untuk menyiapkan tugasan masing-masing, berkerumun dimeja saya........... kerana di meja saya mempunyai printer j-Qaf yang menjadi tumpuan teman untuk menzahir hasil tarian jarijemari mereka diatas papan kekunci ...........

"Baba......... " tetiba terdengar suara anak murid yang amat saya kenali.... yang berpindah ke sekolah saya pada pertengahan semester pertama dulu. Saya menoleh kepada Fadzly yang memanggil saya. Saya dikenali seluruhnya oleh anak-anak didik sejak lama dulu sebagai Baba......
Cikgu Baba, hinggakan ibubapa, teman2 pun memanggil saya dengan nama itu. Jika ditanya atau dicari dengan nama sebenar jenuh juga anak-anak didik saya mencari, jika sebut Cikgu Baba..... ha ha tu dia....... "Terimalah Kad Raya dari saya, kata Fazdly. Ada hadiah untuk Baba di dalam.

Sambil menerima kad raya saya bersalam dengan murid yang seorang ini, menariknya keribaan saya dan mengucup pipinya. Bila saya membuka sampul kad rayanya, ah ha, sekeping note hijau didalamnya. ehh terbalik kot, sepatutnya saya yang beri kapadanya, tapi anak murid yang beri duit raya pada gurunya.

Serba salah juga saya untuk menerimanya....... sepanjang 20 tahun inilah kali pertamanya saya menerima duit raya dari anak murid. Mengapa?

Fazdly murid saya di tahun 4 Bistari yang saya kenali sebagai seorang murid yang bermasalah, selalu menyalahkan orang lain dalam apa-apa hal pun, sering bergaduh, dengan kawan-kawan. Bila saya menyelidiki, rupanya Fazdly kurang mendapat perhatian daripada ........... ..... .... . Setiap kali saya masuk ke kelas 4 Bistari, pasti Fazdly akan saya sapa, memegang sambil mengusap rambutnya, menggeleteknya bila ada kesempatan waktu. Memang menjadi tabiat saya sedari dulu akan mengusap rambut / kepala anak-anak didik, bergurau dengan mereka, kadang-kadang menyuruh mereka memicit belakang badan saya........

Saya pernah ditegur oleh seorang Nazir yang masuk ke kelas saya pada akhir waktu pengajaran semasa murid sedang menyiapkan latihan, apabila melihat seorang murid sedang memicit belakang saya, sedang saya memeriksa buku latihan murid, dengan nada kesal beliau menyatakan mengapa suruh murid picit awak? Maaf encik, mereka ni anak-anak saya, mereka panggil saya baba................... nilah cara saya menyelami hati dan jiwa mereka.

Sekarang Fadzly bukan Fazdly yang dulu, Fazdly saya sentiasa menunggu-nunggu saya masuk ke kelasnya, ceria, bersemangat untuk belajar.......... Belajar terus belajar anakku..... baba akan terus menyayangi kalian.

Ahad, September 13, 2009

Putera Ke 3 Mohd Ali Zuhdi

Putera yang ketiga kepada anak saudara sepupu saya Mohd Ali Zuhdi, yang dulunya sewaktu kecil sering bersama saya. Ali Zuhdi memanggil saya paksu...........

Bertemu Jua Akhirnya


Setelah lama menyusuri rakan Bloggers Penang akhirnya saya bertemu jua dengan Omara, Luth Textile, Adi Putra, Adi Flat Hijau, Fazrulls, JulietAnna dan Baby Wify. serta lain2 rakan Blogger Penang dalam satu Majlis Berbuka Puasa yang diusahakan oleh Luth Textile bersama Adi Lfat Hijau. Terima Kasih KBP.

Dipertemuan ini banyak perkara diutarakan untuk memantabkan lagi KBP, kata Omara (teruja saya bertemu dengannya) melalui Blogger banyak khazanah ilmu dapat di simpan dan didedahkan dengan cepat. Beliau jua menyarankan agar anak-anak tua sebayanya menyertainya demi untuk menyebar luas pengalaman untuk dijadikan panduan serta rujukan generasi muda.

Saya hadir bersama Mama serta Adnin Firdaus dan Nurul Adilah Farihah sahaja kerana Nurul Amirah Fatin, Nurul Adibaah Farzana dan Nurul Atiqah Farhani serta rakan mereka Aina Farhana, Nursyafikah dan Farah Hanim sedang mengikuti program 3R (Remaja Rai Ramadhan) di Masjid As-Songhir Taman Pekaka, Sungai Dua, yang dianjurkan oleh Jemaah Islah Malaysia. Anak-anak tercinta saya telah beberapa kali mengikuti program-program yang dianjurkan oleh JIM dan selalu bertanya bila lagi program seumpamanya akan diadakan lagi.

Ahad, September 06, 2009



"Rasululllah s.a.w bersabda : Tidak berlaku hari kiamat hingga bangkit beberapa dajjal yang mendekati dari 30 banyaknya. Dia mengaku bahawasanya dirinya adalah Utusan Allah.. (H.R : Tarmidzi)

Saya percaya ramai yang pernah membaca hadith sahih ini namun tahukah anda siapakah 30 Dajjal yang dimaksudkan. Apakah Dajjal-dajjal ini sudah muncul dalam dunia ini? Kalau sudah wujud apakah jumlah mereka sudah mencapai 30 orang?

 Hakikatnya hanya Allah yang Maha Mengetahui akan perkara ini.Siapakah yang tergolong dalam Kumpulan Dajjal 30 ini? Mari kita ikuti sinambbungan Hadith di atas. Sabda Rasulullah saw. "Akan ada di akhir zaman pada umatku manusia-manusia dajjal yang pembohong. Mereka membicarakan kepada anda apa yang belum pernah anda dengar dan belum didengar oleh nenek moyang mereka.Maka berhati-hatilah anda dan berhati-hatilah mereka. Jangan sampai mereka menyesatkan anda dan jangan pula mereka mefitnah anda.. (H.R : Tarmidzi) 
 
Kesimpulan Hadith tersebut memberi pengertian kepada kita bahwa kelak di akhir zaman ada manusia-manusia yang menjadi dajjal yang suka berbohong dan berdusta.Untuk mengenal Dajjal itu sungguh mudah sekali, iaitu apabila ia mengaku dirinya "Allah, Tuhan, Nabi, Imam Mahdi dan Wali Allah" sedangkan mereka tidak mahu solat,berpuasa, berzakat, tidak payah menunaikan fardhu Haji, sesuatu perkara, barang yang haram dihalalkannya pula, suka membuat fitnah dan mencari perbalahan, bida'ah, apabila memberi sesuatu barang atau benda dimintanya kembali dan boleh melakukan apa saja tanpa mengira halal dan haramnya.

Oleh kerana mereka inilah , Rasulullah saw. dengan tegas memperingatkan kepada umatnya supaya berhati-hati dengan pujuk rayu mereka yang begitu manis berkata dan menggiurkan. Mereka ini adalah penyesat dan suka memfitnah umat, yang bakal menyengsarakan pengikutnya di dunia dan akhirat 

Berkenaan persoalan orang yang mengaku dirinya Nabi, Imam Mahdi, Wali Allah dan lain-lain pengakuan, bukanlah juga perkara baru. Perkara ini dari zaman ke zaman hingga ke hari ini masih lagi terdapat manusia mengakui dirinya sebagaimana yang dipaparkan di atas.Janganlah kita bersibuk-sibuk dengan persoalan dan perkara ini, yang paling penting adalah diri kita dan keluarga yang wajib dijaga agar terselamat daripada apa yang berlaku dengan berpegang teguh kepada Kitabullah (Al-Quran) dan mengikut sunnah Nabi saw. Itu adalah terlebih afdhal daripada perkara yang lain yang tidak mendatangkan apa-apa faedah. Ikuti Hadith Nabi saw seterusnya :

"Sesungguhnya Allah tidak membangkitkan seorang Nabi pun, kecuali dia pasti memperingatkan umatnya akan Dajjal. Dan Aku (Muhammad) adalah pengakhir segala Nabi sedang anda sekalian adalah akhir dari semua umat (umat terakhir). Dan Dajjal itu pasti keluar (zahir) pada anda, tidak boleh tidak.. (H.R. Ibnu Majah-Tarmidzi)

Demikian juga halnya dengan pengakuan sebagai Imam Mahdi. Barangsiapa mengakui bahawa dirinya Imam Mahdi, itulah dia orang bernama Dajjal, kerana Imam Mahdi tidak ada atau wujud dalam bangsa yang lain. Al-Mahdi tetap wujud atau lahir pada akhir zaman dalam bangsa Arab. Ada beberapa dalil mengenainya namun atas keterbatasan ruang saya paparkan satu saja. Sabda Rasulullah saw. : "Dunia tidak akan lenyap sehingga Bangsa Arab diperintah oleh seorang laki-laki dari keluargaku yang namanya menyerupai namaku".

(H.R. Abu Dawud)

 Di antara golongan yang membuat pengakuan mereka secara terang-terangan sebagai Nabi, Rasul mahupun Imam Mahdi ialah 

1) Ruknuddin 
2) Saiyid Muhammad Jaunpur 
3) Mirza Ghulam Ahmad- pengasas agama Qadiyani dan mengaku dirinya Imam Mahdi dan juga mengaku sebagai nabi dan penamat segala wali. 
4) Muhammad Ahmad AlMahdi (pengasas tarikat Mahdiya) 
5) Tuwaizuri 
6) Ubaidullah Al Mahdi 
7) Al Hariths bin Suraij  
8) Maulana Syaikh Haji Muhammad Ma'mun (pengasas tarikat Mufarradiyah), Sumatera Utara 
9) Muhammad Abdullah AlQahtani  
 

Di negara kita juga tidak kurang hebatnya.. Di antaranya Ayah Pin, Nabi Melayu kahar, Meriam Isa dan beberapa orang lagi. 
 
Adakah mereka ini semua tergolong dalam kumpulan Dajjal 30 yang dimaksudkan oleh Nabi saw. hanyalah Allah Yang Maha Mengetahui. 

Persoalannya, hingga kini, sudah cukupkah ahli Dajjal 30 ini lahir didunia ini? 

Kalau sudah, maknanya dunia ini hanya menunggu masa saat kehancurannya.

Wallahu'alam. 

Sabtu, September 05, 2009

Pelajaran Dari Imam Al Ghazali

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?


Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru

Murid 3: Teman

Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?


Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.



Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179).  
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.



IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.



Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri