Khamis, November 26, 2009

Bersangka Baik sesama Insan

Manusia hari ini suka bersangka-sangka

Ada sangkaan baik...

Ada sangkaan buruk


Orang beribadah

disangka riak

Orang yang relax

disangka malas

Orang yang pakai baju baru

disangka menunjuk


Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud

Orang makan banyak disangka pelahap

Orang makan sikit disangka kedekut


Orang baik

disangka buruk

Orang buruk

disangka baik

Orang senyum

disangka mengejek


Orang masam

disangka merajuk

Orang bermuzakarah

disangka mengumpat

Orang diam

disangka sombong


Orang menawan

disangka pakai susuk

Orang nampak ceria

disangka membela


mana tahu yang diam itu

kerana berzikir

kepada Allah


mana tahu

yang senyum itu kerana bersedekah


mana tahu

yang masam itu kerana mengenangkan dosa


mana tahu

yang menawan itu

kerana bersih hati dan mindanya



mana tahu

yang ceria itu

kerana cergas cerdasnya



Jauhi sikap suka bersangka-sangka

kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnah nya

kayu dimakan api…


Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan

yang boleh kita buat.

Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.


“Tegakkan Islam dalam diri kamu.. nescaya Islam akan tertegak diatas bumi kamu”
Imam Al-Syahid Hassan Al- Banna.

Just Be Yourself...
and
Always Trust to Allah...

2 ulasan:

  1. Salamukhwah....

    Peduli apa dengan sangkaan orang.yang penting kita tahu apa yang kita lakukan.yang penting juga Allah tahu apa di hati kita.Jangan jadi seperti cerita Lokman ulhakim yang sedang menunggang si kaldai itu.

    BalasPadam
  2. Memamng betul, kita sepatutnya tidak mempedulikan apa yang orang sangkakan pada kita, tetapi orang yang bersangka-sangka itu sepatutnya bersangka baik, kerana itu adalah yang terbaik.

    BalasPadam