Setelah lama menyusuri rakan Bloggers Penang akhirnya saya bertemu jua dengan Omara, Luth Textile, Adi Putra, Adi Flat Hijau, Fazrulls, JulietAnna dan Baby Wify. serta lain2 rakan Blogger Penang dalam satu Majlis Berbuka Puasa yang diusahakan oleh Luth Textile bersama Adi Lfat Hijau. Terima Kasih KBP.
Dipertemuan ini banyak perkara diutarakan untuk memantabkan lagi KBP, kata Omara (teruja saya bertemu dengannya) melalui Blogger banyak khazanah ilmu dapat di simpan dan didedahkan dengan cepat. Beliau jua menyarankan agar anak-anak tua sebayanya menyertainya demi untuk menyebar luas pengalaman untuk dijadikan panduan serta rujukan generasi muda.
Saya hadir bersama Mama serta Adnin Firdaus dan Nurul Adilah Farihah sahaja kerana Nurul Amirah Fatin, Nurul Adibaah Farzana dan Nurul Atiqah Farhani serta rakan mereka Aina Farhana, Nursyafikah dan Farah Hanim sedang mengikuti program 3R (Remaja Rai Ramadhan) di Masjid As-Songhir Taman Pekaka, Sungai Dua, yang dianjurkan oleh Jemaah Islah Malaysia. Anak-anak tercinta saya telah beberapa kali mengikuti program-program yang dianjurkan oleh JIM dan selalu bertanya bila lagi program seumpamanya akan diadakan lagi.
Alhamdulillah....
BalasPadamSatu pertemuan yang cukup istimewa walau pun keadaan tidak begitu mengizinkan untuk bersama dengan lebih lama lagi tp syukur,satu pertemuan yang sangat bermakna untuk saya...
terima kasih semua....
Salam Ustaz Baba.
BalasPadamTentu seronokkan dapat berkumpul ramai2 berbuka dengan geng blogger..insyaAllah ditahun depan..kita semua boleh bertemu lagi..Zai tak dapat hadir kerana bertembung dengan moreh ditempat zai pada hari yang sama..apapun tahniah..
Semoga hari raya tahun ini lebih meriah..sambut dirumah baru kan ?
Pertemuan yang amat bermakna bagi saya dan mama moden walau pun diruang waktu yang amat sempit. Insya Allah kita aturkan pertemuan Aidul Fitri ini. Terima Kasih semua AdaNYa. Raya ni belum dirumah baru.
BalasPadamSalam Ustaz,
BalasPadamSelamat menyambut hari raya yang bakal tiba dan selamat bertemu kembali jika dipanjangkan umur...
Salam jua buat mama dan anak2...
Sekian