Selasa, September 15, 2009

Kad Raya


Sedang sibuk menyiapkan tugasan untuk dihantar ke Unit Peperiksaan dan Penilaian pada pagi kelmarin, 14 September 2009, memang sedang kekalutan kerana meja saya sentiasa sibuk dengan taman setugas untuk menyiapkan tugasan masing-masing, berkerumun dimeja saya........... kerana di meja saya mempunyai printer j-Qaf yang menjadi tumpuan teman untuk menzahir hasil tarian jarijemari mereka diatas papan kekunci ...........

"Baba......... " tetiba terdengar suara anak murid yang amat saya kenali.... yang berpindah ke sekolah saya pada pertengahan semester pertama dulu. Saya menoleh kepada Fadzly yang memanggil saya. Saya dikenali seluruhnya oleh anak-anak didik sejak lama dulu sebagai Baba......
Cikgu Baba, hinggakan ibubapa, teman2 pun memanggil saya dengan nama itu. Jika ditanya atau dicari dengan nama sebenar jenuh juga anak-anak didik saya mencari, jika sebut Cikgu Baba..... ha ha tu dia....... "Terimalah Kad Raya dari saya, kata Fazdly. Ada hadiah untuk Baba di dalam.

Sambil menerima kad raya saya bersalam dengan murid yang seorang ini, menariknya keribaan saya dan mengucup pipinya. Bila saya membuka sampul kad rayanya, ah ha, sekeping note hijau didalamnya. ehh terbalik kot, sepatutnya saya yang beri kapadanya, tapi anak murid yang beri duit raya pada gurunya.

Serba salah juga saya untuk menerimanya....... sepanjang 20 tahun inilah kali pertamanya saya menerima duit raya dari anak murid. Mengapa?

Fazdly murid saya di tahun 4 Bistari yang saya kenali sebagai seorang murid yang bermasalah, selalu menyalahkan orang lain dalam apa-apa hal pun, sering bergaduh, dengan kawan-kawan. Bila saya menyelidiki, rupanya Fazdly kurang mendapat perhatian daripada ........... ..... .... . Setiap kali saya masuk ke kelas 4 Bistari, pasti Fazdly akan saya sapa, memegang sambil mengusap rambutnya, menggeleteknya bila ada kesempatan waktu. Memang menjadi tabiat saya sedari dulu akan mengusap rambut / kepala anak-anak didik, bergurau dengan mereka, kadang-kadang menyuruh mereka memicit belakang badan saya........

Saya pernah ditegur oleh seorang Nazir yang masuk ke kelas saya pada akhir waktu pengajaran semasa murid sedang menyiapkan latihan, apabila melihat seorang murid sedang memicit belakang saya, sedang saya memeriksa buku latihan murid, dengan nada kesal beliau menyatakan mengapa suruh murid picit awak? Maaf encik, mereka ni anak-anak saya, mereka panggil saya baba................... nilah cara saya menyelami hati dan jiwa mereka.

Sekarang Fadzly bukan Fazdly yang dulu, Fazdly saya sentiasa menunggu-nunggu saya masuk ke kelasnya, ceria, bersemangat untuk belajar.......... Belajar terus belajar anakku..... baba akan terus menyayangi kalian.

7 ulasan:

  1. salam,
    semoga terus menjadi seorang guru yg baik, berdedikasi, penyayang pd anak didik.

    semoga gelaran guru cemerlang menjadi milikmu, walaupun bukan pd anugerah manusia tetapi tetap menjadi ingatan pd setiap anak didik mu selama lebih 20thn tugasmu sebagai pendidik.

    salam sayang

    BalasPadam
  2. salam, bagusla baba. dia dah berubah jadi baik. dah tak adala budak masalah dalam kelas baba

    BalasPadam
  3. Anakku, Tugas seorang guru akan menjadi kenangan sepanjang zaman,biar hayat dikandung bumi.

    Mama, Kau lebih mengenali diri ini.

    Abu Muaz, Salam Ukhuwah.

    Luthtextile, bukan sorang tu je, masih ada lagi yang perlu diselami jiwa mereka, satu kelas 32 orang, 32 kerenah, 32 cara hayati diri. Terima Kasih sudi undang baba ke majlis berbuka.

    BalasPadam
  4. Salam Ustaz Baba..

    Sukenya saya dengan nilai murni yang ada pada ustaz baba ..sepatutnya nilai sebeginilah patut disemai oleh semua guru2 agar anak2 murid tidak terasa pelajaran yang diajar sbg sesuatu yang menjemukan..boleh terasa kasih sayang budak tu kat ustaz..

    BalasPadam
  5. Salam Alaiki Zai....
    Tugas Guru adalah tugas sepanjang zaman..... Jiwai sepenuhnya........... Insya Allah.

    BalasPadam