Selasa, November 10, 2009

HENDAK KE MANA AKU?” ..........
















Walaupun kita selaku manusia diberikan akal oleh
Allah, kita jarang mahu menggunakannya untuk berfikir
dengan mendalam, untuk bertanya kepada
diri kita sendiri erti kehidupan: “.........

HENDAK KE MANA AKU?”

Kita TIDAK ADA MASA untuk memikirkannya.
Kita TIDAK MAHU untuk memikirkannya.
Kita MENGELAK daripada memikirkannya.

Pelbagai cara dibuat, secara sedar atau tidak sedar
untuk MENGHALANG kita dari memikirkannya.

Apa yang menyebabkan kita lalai? Apa yang melalikan
kita? Kenapa kita tidak ada masa?

Apa di sana ada perancangan musuh Islam untuk melalai
dan melalikan kita??

Terang dan jelas bagi kita, salah satu sumber utama
ialah...HIBURAN. .Kita dilalikan dan dilalaikan dengan
hiburan yang berpanjangan. .

Hampir keseluruhan hidup kita diselubungi, dihantui,
dikelabui oleh hiburan.

Untuk berhibur kita perlukan set tercanggih..

- Kita sanggup bergadai bergolok untuk mempastikan
rumah kita mempunyai set TV, Hi-Fi, DVD paling
canggih...

Tidak cukup dengan saluran TV percuma...
- kita merasa perlu pula untuk melanggan puluhan
saluran satelit berbayar..

Untuk pastikan kita tidak perlu berfikir dalam
kereta...
- Kita berlumba melengkapkan peralatan audio paling
mahal dalam kereta, lengkap dengan DVD player, agar
anak-anak kita tidak terlepas rancangan hiburan
kegemaran mereka.

Tidak cukup dengan itu...
- Kita penuhkan fikiran dengan pelbagai rancangan
import; filem Hollywood, American Idol, Survivor, Fear
factor, Extreme Makeover etc ,

- Kita serabutkan hidup kita dengan rancangan hiburan
tempatan, ada yang diciplak 90%.- Malaysia Idol,
Akademi Fantasia, Muzik-muzik, Musik-musik, Mencari
Cinta etc.

Jika rancangan drama tempatan tidak cukup menarik...

- Kita semakkan hidup kita dengan drama dan telenovela
dari Amerika Selatan, Filipina, Indonesia, Thailand
etc.

Agar kita tengelam dalam alam fantasi tanpa perlu
berfikir...

- Kita biarkan isteri, suami dan anak-anak kita
dibuai dengan produk-produk Bollywood yang tidak
berputusan.. .

- Kita ajak keluarga kita lepak di Padang dengan
Konsert Sure Heboh biarpun Mufti mengharamkannya. .
ahh! pedulikan itu semua!

Sekiranya kita ada sedikit masa luang untuk berfikir,
orang lain sudah menjadualkan kita untuk berhibur...

- Pelbagai konsert telah diatur seolah-olah secara
berjadual sepanjang tahun, agar kita tidak ada masa
untuk berfikir lagi... konsert Hari Kebangsaan, Sure
Heboh, Raya, tahun baru Cina, Deepavali, Keputeraan,
Citrawarna, Krismas, Tahun Baru dan pelbagai lagi
pesta-pestaan.

- Hidup kita diprogramkan dengan pelbagai Majlis
anugerah dari masa ke semasa, Anugerah Industri Muzik,
Oscar, Pesta Filem, Juara Lagu, Penyanyi Popular,
Bintang Pujaan, Pelakon Terhebat, dan seribu satu
macam lagi majlis.

Maka di mana ada masa untuk kita berfikir?

Tidak hairanlah jika kitaran rutin hidup kita nerkisar
di sekitar.. makan..cari makan.. BERHIBUR.. tidur..

Bilakah kita boleh keluar dari kitaran rutin ini?

2 ulasan:

  1. Salam Ustaz Baba,

    Gambar dan tajuk entri tu macam sekata jer...hehehe (dalam maksud tu..)

    Apapun kita harus berbalik kepada pesanan Rasulullah SAW didalam banyak hadis2 sohih yg mana baginda saw telah berpesan utk hidup bersederhana dan janganlah melampau2 dan melebihi batas dan baginda juga telah bersabda "bekerjalah seakan-akan kita akan hidup selamanya dan beribadatlah seolah-olah kita akan mati esoknya"..

    Keseimbangan didalam mengejar kehidupan didunia dan mencari bekalan keakhirat adalah perlu dipraktikkan dengan penuh istiqamah. Mudah2an kita bukan terdiri dari golongan mereka yg melampau2 dan sentiasa bersyukur dgn nikmat tuhan yg diberikan segalanya dengan percuma..

    BalasPadam
  2. Bila tengok gambar pasti mereka bermaksud .....
    tetapi ramai dikalangan kita dewasa ini sering alpa dengan berbagai perkara yang melalaikan. Biarpun siapa mereka, kekadang menonton cerita lebih dari mencari bekalan untuk menuju ke alam baqa.

    BalasPadam