Rabu, Oktober 07, 2009

Bertemu Cikgu Sekolah Rendah

jasamu Cikgu Non tetap dikenang

Saya berasa gembira & bertuah kerana dapat berjumpa dengan guru saya sewaktu sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Bukit Raya Luar yang kini dikenali Sekolah Kebangsaan Haji Abdul Rahman, Tokai Kedah. Sekolah ini dinamakan sempena nama Tok Wan saya yang juga merupakan pengasas sekolah tersebut.

Saya bertemu semula dengan Cikgu Zainol Osman semasa kenduri kahwin anak saudara saya baru-baru ini di rumah peninggalan ayahanda bonda di Kampung Kubang Jelai, yang kini rumah itu didiami oleh abang saya sekeluarga.

Cikgu Non masih kelihatan sihat & ramah bersembang. Semoga Cikgu Non akan terus diberi kesihatan yang baik.

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum Ustaz Baba,
    Tentu seronok dapat bertemu dengan guru-guru yang pernah mengajar kita, tanpa mereka siapalah kita.
    Saya pun begitu, terus mencari lagi guru-guru saya. Alhamdullilah, sebahagian telah ditemui. Zaman IT ni tentulah 'Jejak Kasih' menjadi lebih mudah... Alhamdullilah.

    BalasPadam
  2. Salam Ustaz Baba,

    Zai sendiri rindukan cikgu2 kat sekolah dulu tapi sayang pergi cari kat sekolah ada sesetengahnya dah meninggal dunia pun..sedih pula rasanya... :(

    BalasPadam
  3. Seronok dapat berjumpa dengan insan yang bernama cikgu........ tetap ceria bagai waktu dulu. Sayang Selalu Guru-guru ku.

    BalasPadam
  4. assalamulaikum wbt ustaz baba..
    tq kerana sudi ziarah blog saya.
    hehehe..tu la pasai..fenin..fenin..terllau byk pilihan

    BalasPadam
  5. nama sekolah tu nama tokwan baba? wahh.. hebat2

    BalasPadam
  6. Salam Luthtextile.....
    Masa kecik2 dulu saya beasa bermain dengan papan tulis yang boleh berpusing2 yang dibuat dari papan tebal yang dususun...........
    Meja panjang yang berlaci dibawahnya. Masatu abang sepupu mengajar kelas tambahan kepada adik2 sepupunya. Kakak sulung saya pernah menabur bakti mendidik anak2 kampung di bawah rumah tok wan.
    Bangunan asal sekolah hampir roboh dimakan usia. Saya akan cuba menulis entry pasal sekolah yang diasaskan oleh tok wan saya.

    BalasPadam