Ahad, Oktober 18, 2009

Siapa Membosankan..........

Bilangan perempuan dikatakan lebih ramai berbanding lelaki. Tidak hairan, kini lelaki mempunyai banyak pilihan jika mencari pasangan. Barangkali kerana itu lelaki selalu 'pasang' lebih daripada seorang isteri.

Teori demand and supply menjelaskan segalanya.

Bagaimanapun, seperti lelaki, perempuan mempunyai 'taste' tersendiri. Masakan mereka memilih teman lelaki atau suami secara semberono.

"Dia kacak tetapi membosankan, " antara kenyataan mereka.

'Bosan', perkataan membawa maksud subjektif.

Mungkin perempuan boleh menjelaskan maksud perkataan itu mengikut pengertian mereka jika dihubungkaitkan dengan lelaki. Lelaki pula mungkin jarang menyedari sikap dan tingkah laku mereka membosankan perempuan. Maklumlah, keegoan majoriti lelaki dikatakan tinggi.

Tetapi perempuan juga tidak dapat lari dari hakikat sebenar. Mereka juga mungkin membosankan pada pandangan lelaki. Justeru, lelaki mempunyai takrifan perkataan sama jika dihubungkaitkan dengan perempuan.

Kongsikan di sini, siapa lebih membosankan? Mengapa?

1 ulasan:

  1. Salam Ustaz Baba..

    Lelaki atau perempuan..sama saja..kalau tidak pandai berkomunikasi dan menganggap dia saja yg betul dan tidak pula mahu menerima pandangan oranglain akan tetap dianggap membosankan oleh sesiapa sahaja..yang terpenting didalam perhubungan adalah skill komunikasi antara pasangan..

    Kita harus tahu tanggungjawap masing-masing dan saling bertolak ansur dan mengalah utk mengekalkan sesuatu perhubungan..yang sering manusia lupa ialah ANTARA KITA TIADA SEORANG PUN YANG SEMPURNA..

    BalasPadam