Khamis, Oktober 22, 2009

Perjalanan Hidup ini........ Ke Mana Akhirnya?

Hari ini anda bangun pagi. Apa yang anda lakukan. Anda mungkin membersihkan diri. Mungkin anda solat subuh? Atau tidak? Anda sempat sarapan di rumah?

Jika anda telah berkeluarga, setelah mengucapkan selamat kepada anak/isteri anda bergegas ke tempat kerja. Mungkin anda berkenderaan sendiri.

Mungkin sepanjang jalan anda memikirkan peristiwa semalam. Mungkin anda merancang apa yang bakal anda lakukan hari ini, esok, minggu depan, tahun depan. Seribu satu persoalan mungkin bermain di benak anda.


Sepanjang perjalanan. Mungkin anda tersenyum memikirkan gelagat rakan-rakan pemandu lain. Mungkin anda geram, marah, menyumpah dengan karenah mereka.


Anda mungkin mempunyai teman ketika memandu...... isteri, suami, rakan. Anda berceloteh dengan mereka? Atau anda masam mencuka? Ceriakah anda hari ini sepanjang perjalanan?


Anda mungkin menaiki kenderaan awam..... LRT, bas, komuter, monorel, teksi. Anda melihat sekeliling anda. Kelihatan pelbagai jenis manusia; pelbagai ragam, pelbagai karenah, pelbagai riak muka; senyum, masam, sedih, ceria, tak kisah, ‘stone’….. mereka seperti anda juga sedang memikirkan mengenai diri mereka dan mungkin juga sedang menilai riak muka anda!


Anda tiba di tempat kerja. Anda pekerja misali. Anda menjalankan tugas dengan tekun dan dedikasi. Atau anda sebaliknya.. curi tulang? Anda menghadapi seribu satu macam cabaran; dengan bos, dengan rakan sekerja, dengan pelanggan........ Tengahari anda ke kantin, restoran, kafe untuk makan.


Tiba waktu pulang....... anda menjejaki semula langkah anda sewaktu anda datang. Mungkin anda singgah di supermarket, minimarket, pasar malam untuk membeli beberapa keperluan dan akhirnya pulang ke rumah.


Solat anda bagaimana hari ini? Subuh? Zuhur? Asar? Atau anda tidak kisah? Tidak ambil peduli?

Anda mungkin berpeluang bersukan, dan mandi. Anda solat maghrib? Keluarga anda bagaimana?


Malamnya anda sibuk menyediakan atau mencari makanan. Selepas makan anda berhibur. Anda mungkin mengadap sumber nombor satu hiburan masakini TV, VCD, DVD, Hi-Fi, Satellite..dan entah apa lagi. Akhirnya rasa mengantuk melanda diri anda, rakan, anak dan isteri. Anda masuk ke bilik tidur untuk berehat.


Demikian perjalanan hidup anda hari ini..


Esok.. anda mengulang kisah harian anda… besar kemungkinan plotnya hampir sama.. itulah rutin anda…


Esok, anda bermula dari perenggan satu coretan ini..

2 ulasan:

  1. salam wah!
    post, artikel, catatan yg semakin menarik..
    teruskan mengupdate blog, jgn iar bersawang..

    BalasPadam