Khamis, Oktober 22, 2009

Perjalanan Hidup ini........ Ke Mana Akhirnya?

Hari ini anda bangun pagi. Apa yang anda lakukan. Anda mungkin membersihkan diri. Mungkin anda solat subuh? Atau tidak? Anda sempat sarapan di rumah?

Jika anda telah berkeluarga, setelah mengucapkan selamat kepada anak/isteri anda bergegas ke tempat kerja. Mungkin anda berkenderaan sendiri.

Mungkin sepanjang jalan anda memikirkan peristiwa semalam. Mungkin anda merancang apa yang bakal anda lakukan hari ini, esok, minggu depan, tahun depan. Seribu satu persoalan mungkin bermain di benak anda.


Sepanjang perjalanan. Mungkin anda tersenyum memikirkan gelagat rakan-rakan pemandu lain. Mungkin anda geram, marah, menyumpah dengan karenah mereka.


Anda mungkin mempunyai teman ketika memandu...... isteri, suami, rakan. Anda berceloteh dengan mereka? Atau anda masam mencuka? Ceriakah anda hari ini sepanjang perjalanan?


Anda mungkin menaiki kenderaan awam..... LRT, bas, komuter, monorel, teksi. Anda melihat sekeliling anda. Kelihatan pelbagai jenis manusia; pelbagai ragam, pelbagai karenah, pelbagai riak muka; senyum, masam, sedih, ceria, tak kisah, ‘stone’….. mereka seperti anda juga sedang memikirkan mengenai diri mereka dan mungkin juga sedang menilai riak muka anda!


Anda tiba di tempat kerja. Anda pekerja misali. Anda menjalankan tugas dengan tekun dan dedikasi. Atau anda sebaliknya.. curi tulang? Anda menghadapi seribu satu macam cabaran; dengan bos, dengan rakan sekerja, dengan pelanggan........ Tengahari anda ke kantin, restoran, kafe untuk makan.


Tiba waktu pulang....... anda menjejaki semula langkah anda sewaktu anda datang. Mungkin anda singgah di supermarket, minimarket, pasar malam untuk membeli beberapa keperluan dan akhirnya pulang ke rumah.


Solat anda bagaimana hari ini? Subuh? Zuhur? Asar? Atau anda tidak kisah? Tidak ambil peduli?

Anda mungkin berpeluang bersukan, dan mandi. Anda solat maghrib? Keluarga anda bagaimana?


Malamnya anda sibuk menyediakan atau mencari makanan. Selepas makan anda berhibur. Anda mungkin mengadap sumber nombor satu hiburan masakini TV, VCD, DVD, Hi-Fi, Satellite..dan entah apa lagi. Akhirnya rasa mengantuk melanda diri anda, rakan, anak dan isteri. Anda masuk ke bilik tidur untuk berehat.


Demikian perjalanan hidup anda hari ini..


Esok.. anda mengulang kisah harian anda… besar kemungkinan plotnya hampir sama.. itulah rutin anda…


Esok, anda bermula dari perenggan satu coretan ini..

Hendak ke mana anda ?


Allahu Akbar! Saya bersyukur dengan nikmat hidup dari Allah saat ini saya masih disini...

Solat lah sebelum kita disolatkan dan berzikir lah sebelum kita dizikirkan.. .

Kerna bila sakratul maut tiba tak dapat ditangguhkan walau sesaat pun...


Ingat 5 sebelum datang 5
Hidup sebelum mati
Sihat sebelum sakit
Senang sebelum susah
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sibuk.

Saya disini hanya seketika untuk mengumpul bekal dan sebentar lagi akan kembali pada Allah SWT yang kekal abadi.

Saya mengajak semua warga blogger yang dirahmati Allah SWT untuk menegakkan Amar Maaruf Nahi Mungkar!

Saya mengajak semua warga blogger mulai saat ini mulakan lah tiap pekerjaan kita dengan Basmalah dan akhiri dengan Alhamdulillah.

Kembalilah pada adab Islam dan jadilah muslim sejati yang sangat manfaat pada semua makhluq Allah kerna kebaikan bukan kejahatan nauzubillah.

Tiap langkah kita fikirkan lah apakah kita ini mengikut perintah Allah atau syaitan laknatullah nauzubillah min zaliik...sebab Allah SWT telah beritahu kita sesungguhnya musuh kita yang nyata hanyalah nafsu syawat yang terlarang dan syaitan laknatullah bukan kawan kita, bukan isteri atau suami kita bukan anak2 kita, atau sipulan dan sipulan...

Allah sentiasa menjadi fokus kita dimana pun, kerna dilubuk mana pun kita pergi kita tak dapat dipisahkan dari Allah dan malaikat pencatit Raqib dan Atiq. .Mengajak pada yang Maaruf agar kita mati dalam Khusnul Khatimah amiin ya robbal alamiin tiada nafsi2 dalam Islam.

Esok kita akan ditanya bila kita terlibat dengan kemungkaran nauzubillah.
Be aware that Allah SWT is always watching you whatever you're doing good or otherwise and you'll be rewarded accordingly. ..
Maaf zahir batin...

Hamba Allah yang terlalu kerdil dan terlalu banyak dosa... ampuni aku ya Allah.... Allahu Akbar!

Ahad, Oktober 18, 2009

Siapa Membosankan..........

Bilangan perempuan dikatakan lebih ramai berbanding lelaki. Tidak hairan, kini lelaki mempunyai banyak pilihan jika mencari pasangan. Barangkali kerana itu lelaki selalu 'pasang' lebih daripada seorang isteri.

Teori demand and supply menjelaskan segalanya.

Bagaimanapun, seperti lelaki, perempuan mempunyai 'taste' tersendiri. Masakan mereka memilih teman lelaki atau suami secara semberono.

"Dia kacak tetapi membosankan, " antara kenyataan mereka.

'Bosan', perkataan membawa maksud subjektif.

Mungkin perempuan boleh menjelaskan maksud perkataan itu mengikut pengertian mereka jika dihubungkaitkan dengan lelaki. Lelaki pula mungkin jarang menyedari sikap dan tingkah laku mereka membosankan perempuan. Maklumlah, keegoan majoriti lelaki dikatakan tinggi.

Tetapi perempuan juga tidak dapat lari dari hakikat sebenar. Mereka juga mungkin membosankan pada pandangan lelaki. Justeru, lelaki mempunyai takrifan perkataan sama jika dihubungkaitkan dengan perempuan.

Kongsikan di sini, siapa lebih membosankan? Mengapa?

Sabtu, Oktober 17, 2009

Solat & Peralihan Tenaga

Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang. Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam ibadat sembahyang yang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang.

Saya cuba cari laporan tersebut di internet, kalau-kalau ada maklumat lebih terperinci pasal kajian tersebut tapi tak dijumpai. Walaubagaimanapun, CVT sebenarnya telah lama menemui perkaitan antara waktu solat dengan peralihan tenaga alam. Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Saya rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Subuh. Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsiaberkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga
inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat
malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya …?

Rabu, Oktober 07, 2009

Bertemu Cikgu Sekolah Rendah

jasamu Cikgu Non tetap dikenang

Saya berasa gembira & bertuah kerana dapat berjumpa dengan guru saya sewaktu sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Bukit Raya Luar yang kini dikenali Sekolah Kebangsaan Haji Abdul Rahman, Tokai Kedah. Sekolah ini dinamakan sempena nama Tok Wan saya yang juga merupakan pengasas sekolah tersebut.

Saya bertemu semula dengan Cikgu Zainol Osman semasa kenduri kahwin anak saudara saya baru-baru ini di rumah peninggalan ayahanda bonda di Kampung Kubang Jelai, yang kini rumah itu didiami oleh abang saya sekeluarga.

Cikgu Non masih kelihatan sihat & ramah bersembang. Semoga Cikgu Non akan terus diberi kesihatan yang baik.