Bondaku Jamaliah Binti Ishak, seorang ibu yang penyayang, tegas dalam mendidik anak-anak. Tidak pernah membezakan kasih sayang dikalangan anak-anaknya, juga tidak pernah melebih anak-anaknya dalam apa-apahal.
Terimbau kenangan sewaktu kecil, saya berselisih faham dengan sepupu saya, Maruzi Bin Ismail, anak kepada bapa saudara saya, Pak Ngah Eiiail (Ismail Bin Haji Abdul Rahman) ketika bermain-main, kami bergaduh, bergulingan ....... tiba-tiba muncul emak sambil membawa pelepah kelapa lalu dibalunnya saya..........., ketika itu saya menjelaskan kepada emak bahawa Muji (Maruzi) yang memulakan perkelahian itu, tetapi emak tetap memarahi saya...... , tanpa membela anaknya, sedih saya ketika itu. kini baru saya tahu kenapa.............
Emak selalunya akan mengarahkan saya siap mandi petang sekitar jam 5.30 petang, kalau terlewat balik ke rumah dari bermain di sekitar kampung..... pasti diturutinya saya dengan ranting kayu.... ha ha, terima kasih emak. Emak mengajar saya dengan disiplin, sehingga sekarang saya pasti akan mengarahkan anak-anak untuk mandi pada pukul 6.00 petang. Kalau mereka terlewat pasti berleter saya pada anak-anak.
Sewaktu belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Raya Luar (Sekarang Sekolah Kebangsaan Haji Abdul Rahman, mengambil sempena nama Tokwan saya, Haji Abdul Rahman Bin Awang Kecil), saya ke sekolah untuk menyertai pemilihan pemain bola sepak , walaupun telah diberitahu pada emak selepas pulang dari sekolah, kata emak "tak payah lah", saya pergi juga apabila sepupu saya Busra anak Wa Li datang mengajak ke sekolah, balik lambat sedikit dari biasa....., apalagi............. berbirat lah betis saya.............., emak tak benarkan saya bermain bola sepak kerana mungkin saya adalah anak lelaki bongsu, bimbang terjadi apa-apa kot, sehingga sekarang saya tidak pandai bermain bola sepak. Boleh le setakat sepak-sepak sahaja.