Sabtu, Jun 20, 2009

Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan




Dilulus terbit pada Friday, June 13 @ 08:23:16 MYT oleh SongkokPutih


"Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.

Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :
1. Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
2. Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
3. Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
4. Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
5. Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.
Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.
Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.
Al-Fatihah.


Khamis, Jun 18, 2009

Jom Makan Durian

Untuk Tempahan Kupon Dail :
 Encik Mohd Rodzi Hamid : 0134567928 
En Zul : 0124810074, En Rahman : 0194174277 dan
En Zailan : 0194777045
Seorang / Individu RM 10.00
Berkeluarga RM30.00
Jom Ramai-ramai pakat pi makan durian sambil berkelah dan beramal.

TEMPAT: PANTAI TELOK BAYU, TELUK KUMBAR, PULAU PINANG.
TARIKH: 28 JUN 2009.
MASA: 9.00 PAGI HINGGA 1.00 TGH.

Rabu, Jun 17, 2009

Suatu Cerita di Malam Jumaat

Sebagai iktibar dan peringatan bersama... 

Mata liarku memandang setiap manusia yang berjalan di hadapanku tanpa putus-putus ibarat tali air. Tiba-tiba mataku tertumpu pada sekujur badan, badannya agak luar biasa sehingga aku lupakan manusia-manusia lain disekelilingku dan terus menumpukan perhatian pada orang tersebut. Alangkah terkejutnya memandang orang tersebut kerana rupa-rupanya Allah sedang mengujinya dengan suatu penyakit luar biasa. Aku dapati tangan, kaki dan sebahagian mukanya sembam (bengkak). 

Ya Allah betapa besarnya nikmat(kecantikan/ kesihatan) yang telah Engkau kurniakan kepadaku serta kepada keluargaku, Engkau kekalkanlah nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kepada keluargaku sehingga bila-bila itulah doa kesyukuran yang terlintas di dalam hatiku. 

Pada masa yang sama aku rasa terharu dan hairan melihat kekuatan (iman) orang itu menghadirkan diri ke masjid untuk sembahyang berjemaah dalam keadaan sakit. Betapa kuatnya iman manusia tersebut dan betapa kasihnya Allah sehingga Dia memilih orang itu untuk datang ke rumahNya walaupun di luar masih ramai yang gagah sihat tidak datang sembahyang berjemaah dan masing-masing menjadikan rumah sebagai surau dan masjid. 

Aku diberitahu oleh orang tua-tua bahawa bukan semua orang dapat datang ke masjid melainkan mereka-mereka yang Allah pilih sahaja. Ini dapat ditamsilkan dengan contoh begini bukan semua orang dapat pergi ke istana menghadiri sesuatu majlis melainkan mereka -mereka yang dipilih khas oleh pemilik istana tersebut begitulah keadaan pergi ke masjid bertemu dengan Al-Malikul Mulk. Mengapa Allah membawa orang tersebut di hadapanku? Pada mulanya aku anggap ia sebagai suatu peristiwa yang biasa sahaja tetapi kini aku mendapati bahawa Allah mahu menegurku (Tarbiah) supaya aku beroleh  hidayah.
 

Bila perutku terasa lapar aku berjalan hulu ke hilir mencari rezeki di luar masjid, tetapi tidak ditemui dan aku balik ke masjid kerana masjid ini ada kantin lalu aku masuk dan menjamu selera. Bila sudah habis ! makan aku bangun hendak meninggalkan ruang tersebut tetapi tiba-tiba tanganku ditarik oleh seseorang dan bila aku menoleh, aku mendapati kawan lamaku, masya Allah tidak sangka aku akan berjumpa dengannya kerana sejak mula aku masuk masjid itu aku teringin sangat hendak jumpanya, puas mataku mencari, bila mataku penat tiba-tiba Allah munculkan dia di hadapanku. 

Kami dua duduk berbincang pasal berbagai perkara. Pada masa yang sama tiga orang yang aku tidak kenali juga datang duduk bersama kami dan mula mengambil bahagian dalam apa yang kami bincangkan. Walaupun baru satu minit berkenalan tetapi langsung tidak terasa janggal atau jauh hati seolah-olah kami sudah lama berkenalan. Itulah Allah yang memegang hati-hati manusia dalam sekelip mata Dia boleh membalikkan hati sesiapa yang Dia suka dan dalam sekelip mata juga Dia berkuasa mendekatkan hati sesiapa yang Dia kedendaki. Maha berkuasa Dia ke atas segala sesuatu. Bila rancak berbincang, kawanku dan salah seorang dari tiga orang itu meminta diri meninggalkan kami bertiga kerana pada waktu itu jarum jam telah melebihi pukul 11 malam. 

Oleh kerana kami bertiga tiada apa-apa urusan maka kami duduk berbincang juga. Tiba-tiba salah seorang dari saudara yang baru aku jumpa mula ceritakan mengenai pengalaman seorang manusia yang luar biasa. Menurutnya orang ini telah lebih dua bulan terlantar di hospital dalam keadaan koma. Pada masa ini rohnya telah dibawa jalan ke alam akhirat. Dia telah di bawa ke Padang Masyar dan ditunjukkan kaedah penghisaban. 
Menurutnya lagi di Padang Masyar ada televisyen serba canggih lebih canggih dari apa yang ada 
sekarang (kerana hari kiamat adalah future) dan segala lakonan hidup yang kita lakonkan sepanjang hayat akan ditontonkan kepada semua manusia sejak awal sehingga akhir; tidak kira baik atau buruk, sama ada yang dilakukan di khalayak ramai atau secara sembunyi, tidak kira sama ada di dalam kegelapan atau dalam cahaya; pendek kata tiada suatupun yang akan terlepas dari skrin televisyen tersebut.
 
Bila aku dengar sahaja tentang skrin televisyen ini dalam hatiku kembali mengingati maksiat, kedurjanaan, kianat dan macam-macam amalan jahat yang telah aku lakukan. Pada masa itu terasa teramat malu pada diri sendiri seolah-olah aku berada di khalayak ramai tanpa seutas benang pun pada badanku, begitulah rasa malu aku ketika aku dengar tentang skrin televisyen itu. Masya Allah apakah akan jadi kalau hal ehwal aku ketika aku hidup di dunia ini ditontonkan kepada penduduk Masyar, apakah yang mereka akan fikirkan, kalaulah ibubapaku yang menyangka anaknya ini seorang yang baik melihat lakonanku apa yang mereka akan fikirkan tentang diriku ini, kalaulah saudara-saudariku melihatnya bagaimanakah penerimaan mereka terhadapku, kalaulah kawan-kawanku melihat maksiat yang aku lakukan dibelakang mereka dan berlakon sebagai seorang baik di hadapan mereka apakah yang mereka akan fikirkan tentang diriku, apakah yang akan difikirkan oleh orang-orang yang aku pernah tegur dan menyuruh berbuat baik tetapi aku sendiri tidak melakukan kebaikan ............ .....ya Allah, tolonglah tutup keaiban ku.........janganla h engkau membuka keaibanku di hadapan manusia lain. Inilah doa dan penyesalanku ketika itu.
 
Kawanku yang seorang lagi seolah-olah mengetahui perasaan kesalku dia memberi kata-kata semangat, dia kata kalau kita tidak membuka keaiban manusia lain dengan memalukan di khalayak ramai di dunia ini, dipadang Masyar nanti insya Allah, Allah akan menutupkan keaiban kita dan Dia akan menghisab kita di belakang tabir tanpa diketahui oleh sesiapapun dan bertaubatlah kata kawanku itu.
Menurutnya lagi bukan sahaja orang itu di bawa ke Padang Masyar sahaja malah telah dibawa ke neraka juga untuk menunjukkan betapa azabnya siksa neraka yang telah dilupai oleh kebanyakan manusia dan tenggelam dalam mencari nikmat dunia yang tidak seberapa dengan melupakan Allah.
 
Dalam hatiku tertanya siapakah orang yang dikatakannya yang berada dalam koma dan diberi peluang oleh Allah untuk melihat kebesaranNya ............ maka sampailah masanya dia memberitahu siapa orang tersebut, dia berkata itulah orang yang bengkak kaki dan tangan yang kami jumpa di dalam masjid.
 
Soalan aku kini siapakah dua orang yang aku jumpa yang menceritakan akan hal ini kepadaku adakah mereka sama sepertiku atau.....?
 
Subahanallah. Dalam setiap penciptaan makhluk, Allah telah meletakkan suatu pengajaran kepada manusia seperti saya, tetapi saya yang tidak faham dan tidak mengerti. Kini setiap kali saya teringin melakukan maksiat SKRIN TELEVISYEN PADANG MASYAR yang saya teringat. Ini bukan cerita ciptaan atau khayalan ini adalah cerita benar, sama ada tuan-puan percaya atau tidak terserah pada diri masing-masing. ............ dan saya masih hairan melihat manusia yang ketawa terbahak-bahak. ....... sudah 
lupakah mereka mengenai hisab Yaumal Zalzalah? 

Ehsan Sumbangan : Itaarissa

Senyum

SAPE HEBAT 
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia. 
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk. 
Man : Wow! Bapa kau keja apa? 
Ali : Tukang gunting rambut. 

KELAS BI 
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah? 
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyakkat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adikjer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan. 

SUDU 
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari. 
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor. 
Doktor : Kenapa? 
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer. 

MAYAT 
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki 
basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.' 
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah. 

TIRU 
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam. 
Bapa : Apa bukti awak? 
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu". 

DOKTOR 
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT , kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar. 
Doktor : "Selamat petang..." 
Pesakit : "Selamat petang Doktor!" 
Doktor : " Ada masaalah apa .....?" 
Pesakit : "Telinga saya di masuki biji kacang hijau, Doktor..." 
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!" 
setelah diperiksa... . 
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..." 
Pesakit : "Apa caranya doktor?" 
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua 
pula percuma..." 
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?" 
Doktor : "Yang percuma kena sabar..." 
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?" 
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika 
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar." 
Pesakit : "Huh 



p/s 
Mulakan hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat. Jangan tension2.

Ahad, Jun 07, 2009

Adab Ketua Keluarga

INSTITUSI keluarga adalah asas masyarakat bagi melahirkan generasi yang bertakwa dan beramal soleh, dan hakikat yang tidak boleh dinafikan adalah kejayaan serta keharmonian keluarga bermula daripada ketua keluarga.

Justeru, Islam meletakkan kepemimpinan atau ketua keluarga kepada seorang bapa yang bertanggungjawab dalam memastikan keluarganya dalam keadaan aman dan sentiasa diberkati Allah SWT.

Fungsi ketua keluarga boleh dirujuk melalui sabda Nabi Muhammad صل الله علبه وسلم: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap pimpinannya.

“Seorang pemimpin negara adalah pemimpin kepada rakyatnya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka. Suami adalah pemimpin keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap pimpinannya.
“Seorang wanita adalah pemimpin dan dia bertanggungjawab terhadap rumah tangga suaminya dan dia bertanggungjawab terhadap pimpinannya.”

Sebagai ketua keluarga, individu berkenaan hendaklah menunjuk serta mempamerkan contoh dan teladan terbaik untuk dijadikan contoh anak serta isteri.

Bahasa kasar, kesat, kurang beradab, lucah dan seumpamanya yang sering dituturkan oleh ketua keluarga menyebabkan anak terlalu mudah menuturkan perkataan terbabit di luar rumah selain dalam kehidupan seharian mereka.

Ketua keluarga perlu menunjukkan Qudwah Hasanah (teladan baik) kepada keluarganya seperti disarankan Nabi Muhammad SAW: “Muliakanlah anakmu dan tunjukkan kepada mereka adab yang baik.”

Bagi merealisasikan hasrat melahirkan generasi bertakwa dan beramal soleh dalam institusi keluarga, bapa selaku pemimpin keluarga hendaklah mengambil perhatian berat terhadap perkara berikut:

Sentiasa mengutamakan dan peka mengenai pendidikan agama kepada diri dan keluarganya

Ia bertepatan dengan perintah Allah SWT seperti dijelaskan dalam Surah At-Tahrim ayat 6: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat yang kasar dan keras dan mereka tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”
Pastikan rezeki yang diperoleh adalah daripada sumber halal serta baik

Sabda Rasulullah SAW: “Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram, maka api nerakalah yang lebih layak baginya.”

Peruntukkan masa untuk bersama ahli keluarga

Mari kita tanamkan azam dan kuatkan tekad untuk menjadi ketua keluarga yang cemerlang dan sentiasa melaksanakan kewajipan terhadap perintah Allah SWT.

Kewajipan dan tanggung jawab terhadap keluarga adalah amanah Allah SWT yang membabitkan soal dosa dan pahala.

Mereka yang cuai dengan amanah terbabit akan dihukum dan diseksa dengan seksaan yang sangat berat di akhirat.

Sabtu, Jun 06, 2009

Seringan-ringan siksa

Daripada an-Nu'man bin Basyir r.a.,
katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya seringan-ringan siksa ahli neraka pada hari kiamat itu adalah seseorang yang di bahagian bawah kedua kakinya diletakkan dua buah bara api yang dengannya itu mendidihlah otaknya. Orang itu tidak percaya bahawa ada orang yang mendapat siksaan yang lebih teruk daripada dirinya, padahal dialah yang teringan sekali siksanya." 

(Muttafaq 'alaih)

Jumaat, Jun 05, 2009

Hadish Nabi.

Rahasia Kedua Sayap Seekor Lalat,


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالْأُخْرَى شِفَاءً
(صحيح البخاري)

Sabda Rasulullah saw :“Jika jatuh seekor lalat pada minuman kalian maka benamkanlah, lalu keluarkan, sungguh disalah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sebelah sayap lainnya kesembuhan” (Shahih Bukhari)

Petua Kebahagiaan

From Dr. Fatma's tafsir Al-Quran class

How to use the Surah Al Fatihah

1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all the time :
* Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.

2. For terminal diseases:
* Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take a bath with that water.

3. For the mentally ill:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once in the morning and once at night, everyday without fail.

4. When in extreme pain:
* Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it.Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.

5. For babies who cry at night or at any time:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head.

6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door)
* Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area.

All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:
* Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything
* Read it with full "khusyuk"
* Tawakal to Allah
* Use it with GOOD "niat" /intentions.

Untuk yg berhajat: (percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh,dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka,diampunkan dosa dan sebagai nye):
* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknye waktu Maghrib.
* duduk menghadap kiblat
* lakukannye dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita
* Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang
sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib.
* Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first "Allahuakbar" dilaungkan, terus lah angkat tangan dan
berdoa kepada Allah yg MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati.
? Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut.
Mintak lah yg baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam.

Notes taken fm Ust Fatma's last lecture session taken by her closest friend, Ani:-

Untuk awet muda both internal & external.
1.Zikir - Baca
" Ya Badiyah " 1 x
" Ya Nur " 1 x
" Ya Hadi " 1 x
" Ya Allah " 3 x

Baca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raup muka kita pada tiap hari.

2.Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35,36,37 dan 38, pada tiap selepas sembahyang subuh ke air dan minum. (air rawatan dalaman to look young and feel young inside)

3.Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya dengan ketenangan jiwa.

4.Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala. Moga
moga boleh menghilang/meredakan.

Khamis, Jun 04, 2009

Jom Reunion PA MP Kinta, Ipoh

Baru-baru ini saya bertemu kembali dengan seorang rakan yang sama-sama belajar di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh di era 1989 hingga 1992 iaitu Saudara Hasrul Dani, beliau datang ke Sk Tg Tokong untuk menyampaikan ceramah kepada guru-guru dalam program LDP sekolah. Terkejut juga rakan yang lama tidak ditemui tiba-tiba didepan mata. Beliau sekarang bertugas di Jabatan Pelajaran Pulau Pinang. (Kami: saya, Hasrul Dani, Idham terlibat dalam Persatuan Kaunseling MPKI). Selang beberapa hari saya bertemu pula dengan Idham yang juga rakan di MPKI yang bertugas di Pulau Pinang, menyatakan bahawa teman Hasrul Dani bertugas di JPN Pulau Pinang. Seketika berjumpa semula dengan Idham di Majlis Bacaan Yasin sempena Perayaan Hari Guru di Masjid Negeri Pulau Pinang beliau berhasrat untuk bertemu semula dengan rakan-rakan yang belajar di Maktab Perguruan Kinta. Kepada semua rakan-rakan PA MPKI 89/91/92/93 dan seterusnya, kami berhasrat untuk berjumpa kalian semua.   

Rehatkan Minda 3

Dalam Imbauan Kasih

4 Jun 2009 Ulangtahun Perkahwinan ke 20...


ihsan klip : hasil kerja pertama isteri tersayang dalam pembinaan video klip

Rabu, Jun 03, 2009

TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI

Taat.

Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW: "Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya" - HR Abu Daud dan al-Hakim.

Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah. Sabda Rasulullah SAW: "Tidak boleh mentaati mahkluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT" - HR Ahmad.

Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, dia hendaklah meminta izin daripada suami. Sabda Rasulullah SAW: "Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu" - HR al-Bukhari, Muslim dan Ahmad Ibn Hanbal.

Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatiri si isteri tidak dapat melayan kemahuan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah sangat penting.

Melayan suami.

Si isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa sahaja. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan agar dia melayan kehendak suaminya. Sabda Rasulullah SAW: "Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi dia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh" - HR sebahagian Ahli Sunnah.

Untuk mengelakkan daripada digolongkan ke dalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.

Mengurus rumahtangga.

Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam.

Apabila si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak membazir-bazirkan wang pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan bukannya dengan hawa nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah untuk keluarganya.

Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan. Maka, si isteri hendaklah berjimat-cermat dalam membuat pembelian supaya suami isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan sahaja.

Tanggungjawab Bersama.

Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri.
Walaupun mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggung jawab untuk menyelia segala pengurusan rumah itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerjasama daripada kedua-dua belah pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.

Menjaga maruah diri, suami dan keluarga.

Sebagai seorang isteri, dia hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya apabila keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat sanak saudara atau keluar membeli-belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian ramai serta berkelakuan baik. Si isteri perlulah menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang mungkin akan berlaku.

Firman Allah: (Hai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah maha Pengampun lagi maha Penyayang.") - Al-Ahzab; 59.

Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan yang ada pada si suami hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini perlu dielakkan kerana ia boleh mengganggu pembentukan keluarga bahagia.

Menyenangkan hati suami.

Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.

Dalam pepatah Arab ada menyebut: "Accept the little I may give you, my love for you will grow deeper, and raise not your voice in my presence, especially when I am in a moody crisis" - (Imam al-Ghazali).

Untuk menyenangkan hati si suami melihat isteri, maka si isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian si suami.

Seorang perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada hari perkahwinannya: "Oo my daughter! You are leaving the home in which you were brought up for a house in which you brought up for a house unknown to you and to a companion unfamiliar to you. Be a floor to him, he will be a roof to you; be a soft seat to him, he will be a pillar for you; and be like a slave girl to him and he will be a slave boy to you. Avoid inopportune behaviour, least he should be bored with you; and be not aloof lest he should become indifferent to you. If he approaches you, come running to him; and if he turns away, do not impose yourself upon him. Take care of his nose, his eye and his ear. Let him not smell except a good odour from you; let not his eye see you except in an agreeable appearance; and let him hear nothing from you except nice, fine words" - (Imam al-Ghazzali).

Pendorong dan memberi motivasi.

Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabat dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagi 'teman hidup'. ika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah motivasi kepada suami disamping menghiburkan hatinya.

Dalam sesebuah institusi keluarga, ahli-ahlinya perlulah bersama-sama memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai. Dalam hal yang sedemikian, terdapat beberapa tanggungjawab yang dipikul bersama oleh suami isteri. Kedua-duanya perlulah mendalami ilmu fardu ain. Ini adalah perlu kerana ilmu ini merupakan panduan untuk mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Kita juga wajib menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Dengan mempelajari lebih banyak ilmu fardu ain, suami isteri dapat menghayati kehidupan Islam lebih bermakna lagi.

Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa berbincang demi kebaikan bersama. Perbincangan adalah lebih baik daripada bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak sahaja. Malah, dengan perbincangan juga suami isteri boleh mendapat ilham baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama. Dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang kita memerlukan pertolongan dalam hal-hal kebajikan.

Isteri kadang-kadang memerlukan pertolongan si suami untuk membuat kerja-kerja rumah. Dalam hal sebegini, adalah perlu bagi pasangannya untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pasangannya supaya kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul. Apabila seorang daripada mereka melakukan perkara yang ditegah, adalah menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah dilakukan. Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalang pasangan masing-masing daripada melakukan kemungkaran, sebaliknya melakukan lebih banyak hal-hal kebajikan.

Kedua-duanya perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara satu sama lain kerana perkahwinan dianggap sebagai satu institusi yang mana ahli-ahlinya perlulah saling percaya mempercayai antara satu lama lain tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia. Oleh sebab itulah maka suami isteri hendaklah bersikap terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran.

Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ini adalah penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur ini, maka suami isteri itu akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan kesilapan tanpa ada orang yang ingin menegurnya ataupun sering berbalah kerana tidak ada sikap pemaaf itu.

Salah satu hikmah berkahwin ini ialah suami isteri dapat melakukan solat berjemaah. Seperti yang diketahui, jika kita solat berjemaah, maka pahala yang diperolehi adalah berganda-ganda daripada solat secara sendiri. Dengan melakukan solat berjemaah ini maka perhubungan ukhwah antara suami isteri dapat dipereratkan. Yang paling penting dalam kehidupan sebagai suami isteri ini ialah bertawakal kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, dapatlah kita lihat bahawa perkahwinan ini adalah penting dalam sesebuah masyarakat kerana keluarga merupakan batu asas dalam pembinaan sesebuah masyarakat. Untuk melahirkan sesebuah masyarakat yang bahagia, kita perlulah memastikan bahawa ahli-ahli masyarakat itu menjalankan tanggungjawab masing-masing. Untuk melahirkan masyarakat yang yang kuat, mulia, dan saling bertangungjawab, pembentukan keluarga yang bahagia adalah sangat penting. Oleh sebab itu, adalah penting untuk membentuk sesebuah keluarga bahagia.

Bulan Rejab akan tiba

BULAN REJAB AKAN TIBA PADA 24 Jun 2009 ini. Banyak kelebihan pada bulan ini. 

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."

Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"

Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Bulan Rejab Syahrullah? (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."

Insyallah, moga jadi panduan untuk kita semua.. Insyallah
sesungguhnya perkara-perkara yang baik itu akan menghapuskan keburukan. demikianlah peringatan kepada orang yang mahu beringat.

19 HADITH MENGENAI WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t. 

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. 

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun). 

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. 

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh. 

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya". 

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. 

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. 

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga. 

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."