Sabtu, Disember 19, 2009

Tempoh Iddah

Tahukah saudara berapa lamakah seseorang perempuan perlu beriddah? Satu bulan? Tiga bulan? Empat bulan? Sampai mati? atau berapa sebenarnya?

Sebenarnya lain perempuan, lain pula tempoh iddahnya. Tempoh ini bergantung kepada jenis perpisahan yang berlaku dan juga keadaan perempuan tadi. Oleh itu, iddah perempuan yang diceraikan berbeza dengan perempuan yang kematian suami. Iddah perempuan yang sedang hamil ketika perpisahan berlaku juga berbeza. Begitu juga perempuan yang telah putus haid, tidak pernah haid dll. Ops! Jangan pening. Saya akan huraikan satu persatu dalam beberapa post.

Jenis 1: Tiga kali suci

Tempoh ini ialah untuk perempuan yang masih didatangi haid dan berpisah melalui perceraian. Maksud tiga kali suci ini ialah, jika dia diceraikan, maka dia perlu beriddah sehingga tiga kali suci daripada haid.
Firman Allah s.w.t, maksudnya: “Perempuan-perempuan yang diceraikan hendaklah menahan diri mereka (menunggu) selama tiga kali quru’ (suci).” — (al-Baqarah 2:228)

Bagaimana mengiranya?

Jika dia diceraikan ketika suci dari haid, maka idahnya akan tamat sebaik sahaja datang haid yang ketiga.
Contoh: Diceraikan dalam keadaan suci (Suci 1) > Haid 1 > Suci 2 > Haid 2 > Suci 3 > Haid 3 —— iddah habis sebaik sahaja haid 3 bermula.

Jika dia diceraikan ketika haid, maka idahnya akan tamat sebaik sahaja kedatangan haid yang keempat.
Contoh: Diceraikan ketika haid (Haid 1) > Suci 1 > Haid 2 > Suci 2 > Haid 3 > Suci 3 > Haid 4 —— iddah habis sebaik sahaja haid 4 bermula.

Khamis, Disember 17, 2009

Tempoh Iddah bagi Wanita Hamil

Dicatatkan bahawa bagi perempuan yang kematian suami ketika sedang mengandung, maka iddahnya tamat apabila dia bersalin, tidak kira sama ada tempoh mengandungnya panjang ataupun pendek, atau sama ada kandungannya cukup bulan atau pun tidak.

Dalam hal ini sebenarnya ada perbincangan panjang antara fuqaha sama ada hendak dikira sehingga wanita ini bersalin ataupun melihat kepada tempoh yang paling panjang (ab’ad al-ajalayn) kerana ada pertindihan dua faktor pengiraan iddah, iaitu kematian dan kehamilan. Perbahasan lanjut hal ini boleh dirujuk dalam kitab-kitab fiqh munakahat.

Namun, mengikut pandangan yang paling kuat, tempoh iddah wanita ini habis apabila dia bersalin (berasaskan ayat ke 4 Surah al-Talaq). Mmm… diulangi, … apabila dia bersalin. Jangan ada pula yang tanya, “Kena tunggu habis nifas ke baru habis iddah?”

Baiklah, kembali kepada topik iddah untuk wanita yang hamil.

Disebutkan dalam Surah al-Talaq ayat yang ke 4, maksudnya:
“Dan bagi wanita-wanita yang hamil, maka ‘ajal’ (tempoh iddah) mereka tamat apabila mereka bersalin.”

Berdasarkan ayat ini, difahami bahawa tempoh iddah bagi perempuan yang diceraikan ketika sedang hamil akan berakhir apabila dia bersalin. Hukum ini mudah difahami kerana antara sebab diwajibkan iddah ialah untuk memastikan rahim wanita tersebut bersih daripada percampuran benih lelaki. Jadi, apabila dia bersalin, maka anak hasil percampuran dengan benih suami telah keluar dan rahimnya telah bersih. Bersih dalam erti kata, tiada benih lelaki dan tiada janin di dalam rahim.

Iddah: (Iddah bagi wanita yang kematian suami)

Wanita yang kematian suami mempunyai tempoh iddah yang berbeza berbanding perpisahan akibat perceraian. Disebutkan dalam ayat 234 Surah al-Baqarah:
((..dan bagi perempuan yang kematian suami di antara kamu dan kemudiannya mahu berkahwin maka hendaklah dia menahan dirinya (beriddahh) selama empat bulan dan sepuluh hari))

Dalam satu kertas kerja yang ditulis oleh pensyarah saya semasa belajar di Universiti Mu’tah, Jordan, iaitu Dr. Abd al-Hamid al-Majali (ArabLawInfo.com: 2002), dijelaskan tentang hikmah disyariatkan iddah bagi wanita yang kematian suami. Beliau antara lain menjelaskan bahawa ikatan perkahwinan merupakan satu ikatan yang sangat kuat dan suci yang diasaskan oleh perasaan cinta dan kasih sayang. Al-Quran banyak memberikan gambaran yang indah tentang hubungan perkahwinan (lihat: al-Baqarah ayat 187 dan al-Rum ayat 21) di mana pasangan suami isteri menjadi pakaian antara satu sama lain dan dijadikan pula pasangan itu tempat untuk bersenang-senang dan mendapat ketenangan. Ikatan zahir dan batin yang begitu kuat ini pastinya menjadikan perpisahan antara kedua-duanya sangat sukar sekali apatah lagi jika perpisahan itu akibat kematian.

Al-Majali menambah bahawa iddah antara lain dapat memastikan rahim wanita bersih dari benih suami, mengenang kebaikan dan keindahan hidup bersama suami, menzahirkan kesedihan atas pemergiannya, memelihara kehormatannya serta mengelakkan fitnah. Wanita ialah makhluk tuhan yang dianugerahkan dengan roh dan jasad. Dalam keadaan yang sangat sukar selepas kematian suami, wanita memerlukan masa untuk membiasakan dirinya dengan kehidupan baru yang pastinya jauh berbeza dengan kehidupan semasa suaminya masih hidup.

TEMPOH IDDAH WANITA YANG KEMATIAN SUAMI

1) BAGI WANITA/ISTERI YANG TIDAK MENGANDUNG

Tempohnya ialah 4 bulan 10 hari dari tarikh kematian. Perlu diingatkan bahawa ‘bulan’ di sini ialah bulan dalam kalender Islam/ Hijrah bukannya kalender Masehi. Oleh itu, jumlah hari yang dia kena beriddah ialah kira-kira 130 hari.

2)BAGI WANITA/ ISTERI YANG MENGANDUNG


Untuk wanita seperti ini, secara ringkasnya iddahnya tamat sebaik sahaja melahirkan anak (dan bukan 4 bulan 10 hari). Malah, jika selang masa antara kematian suami dan juga kelahiran anak itu sangat pendek, iddahnya tetap berakhir.

Contoh, dalam kes seorang wanita, ketika suami meninggal dunia, beliau sedang sarat mengandung 8 bulan. Kira-kira 40 hari selepas itu, wanita itu pun bersalin. Maka tamatlah iddahnya, iaitu hanya kira-kira 40 hari sahaja.

Contoh lain, katakanlah jika berlaku kematian ketika si isteri mengandung 2 bulan. Selepas 7 bulan barulah dia bersalin, maka itulah tempoh iddah yang perlu dilaluinya.

Contoh ketiga, katakanlah pasangan suami isteri menaiki kenderaan dan berlaku kemalangan. Akibat hentaman yang kuat, si suami meninggal di tempat kejadian, manakala si isteri bersalin tidak sampai beberapa saat selepas itu, maka dengan serta merta juga iddahnya berakhir.

Dalil ataupun hujah bagi hukum ini adalah seperti ayat Quran yang menyebut bahawa perempuan yang mengandung tempoh iddahnya ialah sehingga melahirkan anak (al-Talaq, ayat 4). Dalil daripada hadis sahih juga menjelaskan keadaan perempuan yang hamil ketika kematian suami lalu Rasulullah s.a.w. membenarkannya berkahwin lain selepas bersalin (tidak perlu menunggu hingga 4 bulan 10 hari). Hukum ini telah dijelaskan oleh baginda dalam hadis tentang Sabi’ah al-Aslamiyah yang bersalin beberapa hari selepas kematian suaminya (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Demikianlah pendirian majoriti fuqaha dalam kes seperti ini.

Terdapat pula sebilangan fuqaha yang berpendapat bahawa dalam keadaan ini hendaklah si isteri tadi beriddah mengikut ab’ad al-ajalayn, iaitu tempoh yang paling panjang. Maksudnya, jika tempoh 4 bulan 10 hari lebih panjang dari tarikh bersalin, maka hendaklah wanita itu beriddah selama 4 bulan 10 hari. Tetapi jika tarikh bersalin lebih lewat/ terkemudian berbanding 4 bulan 10 hari, maka hendaklah dia beriddah hinggalah bersalin.

Pandangan ini di bawa oleh sebilangan kecil fuqaha.

Iddah

Seorang wanita yang diceraikan atau kematian suami hendaklah beriddah. (Dieja juga dengan idah, edah, eddah, ‘iddah).

Apa maksud iddah?

Iddah ialah satu jangkamasa tertentu yang wajib dilalui oleh seorang perempuan yang baru diceraikan oleh suaminya ataupun kematian suaminya.

Tujuan beriddah ialah untuk memastikan rahim perempuan itu kosong dari sebarang kandungan. Ia juga dapat memberikan ruang masa bagi suami rujuk semula kepada bekas isterinya. Bagi wanita yang kematian suami pula, tempoh iddah dianggap sebagai tempoh berkabung bagi menunjukkan kesedihan ke atas pemergian suaminya.

Iddah sebenarnya mempunyai hikmah yang besar kepada perempuan dan lelaki. Walaupun dalam tempoh iddah ini, perempuan dilarang berkahwin lain dan dia juga dikenakan beberapa peraturan lain, iddah sebenarnya memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Lelaki yang ingin berkahwin dengan seorang perempuan yang baru bercerai atau kematian suami, jika si perempuan tadi tidak beriddah, tidakkah nanti jika perempuan itu tiba-tiba didapati hamil akan
menimbulkan keraguan tentang siapakah ayah ‘hakiki’ bagi bayi yang dikandungkan itu?

Bagi perempuan yang kematian suami pula, iddah merupakan satu penghormatan kepada isteri untuk menzahirkan kesedihan dan dukacita atas pemergian suami tercinta. Tempoh tertentu yang diberikan untuk perempuan yang bernasib malang ini pula dapat membantunya agar tidak berterusan berada dalam kesedihan. Cukuplah tempoh yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Selepas habis tempoh itu, hendaklah dia bertawakal kepada Allah dan meneruskan hidupnya dengan kesabaran.

Rabu, Disember 16, 2009

Rahsia 13 Rukun Solat


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai
peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang
baru tahu......


1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita
dari dunia dan akhirat.


2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat
meluaskan tempat kita di dalam kubur.


3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang
menerangi kita di dalam kubur.


4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di
dalam kubur.


5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.


6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga
al- kautsar ketika didalam kubur.


7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi
titian SIRATUL-MUSTAQIM.


8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita
didalam kubur


9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang
Mahsyar.


1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang
dikemukakan oleh Munkar & Nankir di
dalam kubur.


11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam
kubur.


12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.


13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W.
T.


Dari Abdullah bin 'Amr R. A.,
Rasulullah S. A. W. bersabda :


"Senarai di atas adalah salah satu
sebab mengapa orang Yahudi /
Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga
Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka
mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu
" FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang
perasan!!!"


Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu
ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka
yang memberi manafa'at kepada manusia

Isnin, Disember 07, 2009

SIKSAAN ORANG YANG MENIGGALKAN SOLAT

Surah Al-Munaafiquun :

Ayat : 9  

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi.

Ayat : 11  

Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL / LALAI BERSOLAT , ia adalah WAJIB :

Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka. Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya. Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...
meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam. Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush, tak payahlah kutuk dia lagi
kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush) sama saja. Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata

Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan!
Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat). 

HUKUM MENINGGALKAN SOLAT 2


Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malahan ianya terlebih keji daripada iblis.

Ini kerana si iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam a.s. yang merupakan makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah seorang yang enggan bersujud kepada Allah s.w.t yang merupakan Khaliq (pencipta).

Justeru itu, dosa meninggalkan solat itu amat besar sekali. Di Akhirat nanti seseorang yang meninggalkan solat itu akan dimasukkan ke dalam neraka.

Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud:

  Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.

Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:

  Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.

  Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.

  Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.

  (Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).

Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:

  Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.

  (Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).

Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.

Namun, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas sebab malas, tetapi dia tahu dia wajib solat, maka terdapat tiga pendapat ulama tentang hukumnya, iaitu:

  1. Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi fasik. Maka wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud, iaitu dibunuh dengan pedang.
  Ini pendapat Imam Malik, Syafi’e dan jumhur ulama salaf dan khalaf.
  2. Orang itu menjadi kafir. Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi.
  Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin Rahawaih.
  3. Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat.
  Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e.

Lihat betapa besarnya solat, dan betapa besar hukum bagi seseorang meninggalkan solat.

Orang yang mahu agamanya selamat dan dirinya bahagia di dunia dan akhirat, sudah tentu dia wajib menghindarkan dirinya dari terletak di antara hukum menjadi murtad dan berdosa besar.

HUKUM BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT


Para ulama' telah sepakat mengatakan bahawa sesiapa yang ingkar kepada hukum wajib sembahyang, maka dia akan menjadi kafir dan dihukum murtad.  Ini kerana kewajipanya telah disabitkan kepada dalil Al-Quran, Sunnah serta Ijma' Ulama'. Hukum menunaikan sembahyang adalah wajib ke atas setiap muslim yang telah berakal, baligh dan berada dalam keadaan suci. Pengertian suci ialah tidak ketika datang haid atau nifas, tidak berada dalam keadaan gila atau pitam. Bagi sesiapa yang meninggalkannya kerana malas dan menganggapnya satu perkara remeh dan mudah serta sering meninggalkannya, maka dia akan digelar sebagai seorang yang fasik dan penderhaka. Bersabda Rasulullah, 'Yang membezakan seseorang dengan kekufuran ialah meninggalkan sembahyang'.Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda, 'Lima waktu sembahyang yang Allah wajibkan ke atas hamba-Nya. Sesiapa yang melakukannya dengan baik dengan tidak meringankan hak-Nya, maka Allah menjanjikan dia dimasukkan ke dalam syurga dan bagi sesiapa yang tidak melakukannya, maka Allah tidak mempunyai janji dengannya. Jika Dia (Allah) mahu Dia akan menghukumnya dan jika Dia mahu, Dia akan mengampuninya'. (H.R. Ahmad, Abu Daud & Al-Nasaei)Firman Allah, 'Apakah yang menyebabkan kamu masuk neraka? Jawab orang-orang yang bersalah, 'Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang yang mengerjakan sembahyang'. (Al-Mudassir : 42-43)Bersabda Rasulullah, 'Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka Allah dan Rasul-Nya tidak akan bertanggungjawab terhadapnya'. (H.R. Ahmad) 

  * Orang yang meninggalkan solat boleh mendedahkan diri kepada kekufuran kerana meninggalkan Rukun Islam.

  * Orang yang mengingkari kewajiban solat adalah kufur kecuali dia baru menganut agama Islam sedangkan dia belum mengetahui hukum wajibnya.

  * Bagi yang meninggalkan dengan sebab segan atau malas tetapi mengakui kewajiban solat, terdapat dua pendapat mengenai perkara ini :

  * a) Menurut Abu Hanifah ; Tidak menjadi kafir tetapi boleh dikenakan hukum takzir serta dipenjarakan sehingga dia kembali solat. Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja ini termasuk dalam orang yang berdosa.

  * b) Menurut Saidina Ali dan Imam Ahmad Hambal ; Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja hukumnya kafir kerana mengingkari perintah Allah

  * Kesimpulannya : Orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja adalah fasik, kerana telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam.

Ahad, Disember 06, 2009

Cemburu Buta

Cemburu seringkali berlaku di kalangan orang yang sedang bercinta, Suami isteri, baik lelaki mahupun wanita, pasti akan berhadapan dengan situasi yang getir ini.

SETIAP kali berbicara mengenai cemburu, tentunya ramai yang menuding jari ke arah wanita. Padahal, baik lelaki mahupun wanita, pasti akan berhadapan dengan situasi yang sama.

Sukar untuk dipastikan sama ada cemburu si dia bertujuan untuk melindungi hubungan yang sekian lama dibina atau hanya sekadar mendatangkan masalah.

Tetapi, awas! jangan terlalu menjadi hamba cemburu, takut nanti anda pula yang merana. Mari berkongsi 10 tanda-tanda cemburu buta yang mungkin di antaranya terbuku dalam hati dan sanubari si dia.

* Beremosi keterlaluan

Setiap minit dan jam, si dia pasti menelefon anda tanpa rasa jemu. Malah, si dia akan marah sekiranya anda tidak menjawab panggilan telefon atau tidak membalas mesej yang dihantarnya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

* Sering melemparkan tuduhan

Si dia seringkali melemparkan tuduhan secara melulu terhadap anda tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Keadaan berlaku sekiranya si dia mendapat tahu anda berada bersama rakan-rakan.

Sikap cemburunya yang keterlaluan menyebabkan dia lebih percaya bahawa anda sedang berdampingan dengan teman lelaki atau wanita lain, bukannya rakan taulan. Perbuatannya itu membuatkan dia berani melemparkan kata-kata kesat.

* Cuba mencari kesalahan anda

Sikap cemburu menjadi-jadi apabila si dia mula mengintip ke mana sahaja anda berada. Sama ada di pejabat mahupun di rumah, si dia sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan setiap hari. Paling menjengkelkan, si dia cuba mencari kesalahan anda.

* Sanggup bunuh diri

Ucapan ‘bunuh diri’ sentiasa bermain di bibirnya. Si dia seringkali mengatakan ingin membunuh diri sekiranya cinta yang diberikan olehnya tidak berbalas, lebih-lebih lagi apabila anda memutuskan mahu meninggalkannya.

* Sentiasa ingin bersama

Setiap masa, si dia hanya mahukan anda berdampingan dengannya dan begitu marah sekiranya mendapat tahu anda keluar bersama rakan-rakan tanpa mengajaknya sekali. Perbuatannya itu menyebabkan rakan-rakan anda hampir terkena tempias perbuatannya itu.

* Anti sosial

Tidak dinafikan, anda seorang wanita atau lelaki yang mempunyai penampilan menarik. Si dia amat bimbang sekiranya ada lelaki atau wanita lain tertarik pada diri anda. Ini menyebabkan si dia tidak gemar berparti atau menghadiri majlis sosial yang dianjurkan rakan-rakan sepejabat. Takut nanti, anda terlepas daripada genggamannya.

* Wartawan dan polis

Sekiranya terdapat tindak tanduk anda yang mencurigakan, si dia akan menyoal anda seperti seorang anggota polis ataupun wartawan. Contohnya, ke mana anda pergi, dengan siapa, kenapa pergi ke sana atau balik pukul berapa.

* Suka buruk sangka

Biarpun anda mempunyai niat atau matlamat yang baik untuk menambah duit poket dengan bekerja lebih masa, namun baginya anda sekadar mahu berseronok dengan kawan-kawan atau semata-mata ingin mengambil kesempatan daripada alasan itu.

* Takut dipermainkan

Jangan terkejut apabila si dia mula berani menyelongkar dompet atau beg tangan anda untuk mencari bukti sama ada anda bermain kayu tiga atau bersikap lidah bercabang. Biarpun pada hakikatnya, anda tidak pernah mempunyai niat seburuk yang disangka itu.

* Pantang telefon berdering

Setiap kali telefon berbunyi, si dia akan merampas telefon daripada anda dan terus menjawab panggilan yang diterima. Paling memeranjatkan, si dia bertindak berani mematikan suis telefon, atas alasan bunyi deringan menganggu anda dan si dia sewaktu bersama.

Sekiranya anda telah berusaha sedaya upaya mengubah situasi ini tetapi pasangan tetap tidak dapat mengawal sikap cemburunya, kaunseling adalah jalan terakhir untuk menyelamatkan hubungan anda. Sekiranya masih berlarutan dan membebankan anda, jalan penyelesaian terbaik ialah memutuskan sahaja perhubungan.

Selasa, Disember 01, 2009

18 Petua Mengasihi Teman Hidup Anda


1. Setiap manusia mudah terangsang melalui penglihatan mata. Pakailah pakaian yang menarik tertarik de boom perhatian pasangan anda. Lemparkan senyuman yang bermakna dan ikhlas. Berdandanlah dengan sempurna dan selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Kepulangan pasangan anda ke rumah dari outstation/ tempat kerja perlu disambut dengan gembira. Hulurkan segelas air minuman untuk menyenyukkan dirinya, hidangkan makanan untuknya, Mana kala jika pasangan anda keluar dari rumah, hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaannya. Jangan lupa untuk amalkan bersalaman dan pandanglah kedalam anak matanya kerana ini akan menundukan pandangannya diluar rumah dan berciuman ketika pasangan anda pulang/mahu meninggalkan rumah.

3. Nyatakan rasa sayang anda kepada pasangan setiap hari (I LOVE U 23X kebaboom), walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

4. Sentuh dan belailah pasangan anda selalu. Curi-curi mencium pasangan anda ketika tidak dilihat oleh orang lain. Pegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan. (sure romantik bangat)

5. Amalkan masuk tidur bersama pasangan anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga. Untuk itu,  isteri berperanan menidurkan anak-anak lebih awal.

6. Jika anda meminta pertolongan dari pasangan anda dan pasangan anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk. (karang tak pasal2 kena pujuk)

7. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, pada waktu pagi semasa mereka hendak ke sekolah, kerana ini akan menghilangkan mood mereka, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan pasangan anda, pasangan anda mungkin merasa kurang senang.

8. Selalulah memicit-micit dan mengurut pasangan anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan pasangan anda busuk, pengotor, selekeh,  mulut berbau,  banyak jerawat atau kata2 yang tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati pasangan anda akan tersentuh apabila anda berkata2 demikian.

9. Apabila anda masuk tidur bersama pasangan anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersamanya. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa “hanya kaulah satu-satunya yang ku cingtai”.

10. Elakkan bercerita mengenai pasangan anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka pasangan anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi pasangan anda.

11. Sekiranya pasangan anda berhajat untuk “bersama” anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian, kecurangan atau kes poligami berpunca dari sikap pasangan yang kurang faham dengan keperluan pasangnya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan pasangan anda berasa bosan.

12. Ketika pasangan anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Jangan biarkan pasangan anda kesakitan sendiri. Sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati pasangan mudah berkata ‘inginkan seseorang yg dapat membantu’. Janganlah hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki khususnya, tak dapat di baca apabila umurnya 40-an.

13. Apabila pasangan anda meninggal dunia, jagalah anak-anak dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga pasangan anda. Kepada isteri, jika anda melakukan demikian, teruskan la, mudah-mudahan anda akan menemui suami anda disyurga. Sesungguhnya yang paling penting, hormat la suami anda walaupun dia sudah tiada, jangan sekali di caci-keji.

Petua tambahan khusus bagi isteri-isteri yang pengasih..

14. Uruskan perihal suami dari segi pakaian dan makanannya. Bagi isteri yang berkerjaya, selalulah memasak untuk suami. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama nafsu batinnya dan kedua nafsu makannya.

15. Ketika suami menghadapi masalah, jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami berdukacita. Walaupun isteri bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

16. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Janganlah tidur membelakangi suami kerana ini menunjukan anda tidak menghormati suami, menidakkan suami bersama anda, Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda dan suami akan merasakan kenikmatannya.

17. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima’. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima’. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

18. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

Ceramah Dr Jamnul Azhar Mulkhan

Adalah dimaklumkan bahawa satu Ceramah
yang akan disampaikan oleh
Dr Jamnul Azhar Mulkhan
akan diadakan
di Perkarangan Masjid Tuan Guru, Tanjong Tokong
seperti berikut:

Tarikh : 12 Disember 2009
Masa : Selepas Solat Isyak

Semua dijemput hadir.

Biodata:

Dr Jamnul Azhar Mulkan, merupakan seorang Dr. Perubatan AL – AZHAR dan pendakwah aktif yang popular di Utara Semenanjung dan Kuala Lumpur. Fasih berbahasa Inggeris dan Arab. Sering mendapat jemputan sabagai panelis program Halaqah di TV 9 .

Beliau juga sering terlibat program kemanusiaan ke Darfur, Pakisan dll.

Menjawat jawatan tertinggi dalam Dewan Pemuda Masjid Malaysia. Bekas penuntut Universiti Al Azhar ini juga menjawat jawatan yang tinggi di dalam PEMERAM. Namun beliau anti IRC semasa di sana. Balik ke Malaysia mula menjalankan housemanship di Perlis.

Mengambil SRP pada usia 14 tahun dan SPM pada usia 16 tahun ini adalah bekas penuntut Maktab Mahmud Alor Setar Kedah tempat lahirnya para ilmuan.