Jumaat, Mei 29, 2009

Ayahanda

Ayahandaku Hassan Bin Haji Abdul Rahman Bin Awang Kecik Bin Haji Nordin adalah seorang ayah yang sangat menitik beratkan pelajaran anak-anaknya. Biarpun beliau sendiri tidak berpendidikan tinggi namun anak-anaknya berjaya didalam pelajaran dan kehidupan. Ayahanda saya seorang imam di Kampung Kubang Jelai, Tokai. Masih terpahat dalam memori saya sebagai anak yang bongsu selalunya sering dibawa kemana-mana sahaja bila beliau berziarah dalam kampung. Beliau akan ke rumah-rumah orang kampung walau di cerok mana sekali pun. Cukup berziarah dan bersembang-sembang kosong dengan orang kampung, sejam dua bersembang, beliau akan pulang dan esoknya pada waktu kelapangan akan berziarah pula kerumah yang lain.
Saya mempunyai adik beradik seramai 8 orang, Kakak sulong, Dr Siti Saodah @ Che Puteh, coz sebab dia putih agaknya...., kakak kedua Che Jah seorang suri rumah sepenoh masa, ketiga Che Hawa seorang guru. keempat Che Asiah juga seorang guru manakala kakak yang kelima iaitu Che Salmah seorang pekerja di Pejabat Tanah dan Galian Kubang Pasu, adik beradik yang ke enam ialah Mohd Daud Rushi, kakak yang ketujuh iaitu Hamidah seorang surirumahtangga dan terakhir tu sayalah ....... seoarang guru di SK Tanjong Tokong sekarang ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan