Rabu, Oktober 28, 2009

Buat Mereka Yang Bergelar Isteri ......




  • Isteri yang sentiasa menjaga kebersihan, kesihatan dan kesempurnaan dirinya, rumah tangga serta anak-anak.
  • Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.
  • Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri.
  • Tidak membenarkan lelaki yang bukan mahramnya memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.
  • Isteri sedia menjadikan suaminya sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi yang telah Allah anugerahkan kepada kaum lelaki.
  • Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
  • Isteri yang sedia memberikan jawapan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami merasakan rumah tangganya itu adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.
  • Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami.
  • Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.
  • Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar yang sederhana serta tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami dari masalah kewangan.
  • Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan.
  • Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang sama ada menerima nikmat atau dugaan dari Allah.
  • Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta segala perintah Allah dengan tabah dan sabar.
  • Berdiam diri sambil mendengar bila suaminya sedang bercakap
  • Isteri yang sedia dan melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.
  • Isteri yang sentiasa menghiasi diri dan sebaliknya pula bila ketiadaan suami.
  • Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.
  • Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan seyuman bila ia pulang.
Berbahagialah suami yang memiliki isteri solehah dan beruntunglah isteri yang memiliki suami yang soleh.....

1 ulasan:

  1. salam
    Amin.. smoga dgn sgala pngorbanan isteri, dgn sifat2 diatas title isteri solehahlah hendaknya ganjaran yg paling besar suami berikan.

    smoga sifat2 mulia ini juga ada pd suami soleh, agar dapat memberi&menerima dlm sebuah rtangga yg bahagia.

    sifat2 seperti yg dicatatkan adalah diharapkan bukan datang dr sebelah pihak sahaja...

    selain isteri kena memuliakan suami&KELUARGANYA, suami juga harus memuliakkan isterinya, iktiraf dirinya sbagai isteri dlm segala hal zahir&batin, bukan ketika keperluan batin sahaja isteri diperlukan.

    Amin....

    BalasPadam