Khamis, Januari 21, 2010

Bukan "1"
tapi bejuta.....

Bukan untuk diguna
tapi untuk dijaga......

Bukan untuk dimusuhi
tapi untuk disayangi.......

Bukan untuk sementara
tapi untuk selamanya.......

Bukan untuk dilupakan
tapi untuk diingati........

Bukan untuk ditingalkan
tapi untuk dirindui........

Bukan hanya disini
tapi dimana-mana.......

Bukan setakat ini
tapi hingga ke hujung nyawa......

Ahad, Januari 17, 2010

. . . noda hitam

. . . . . . . . . . . . . . . . . .

.
.
.
.
.
.
.
terlalu ghairah aku menelanjanginya satu persatu
.
ahhhh
.
.
.
agak susah bila cuba dilucutkan tanpa kerelaan
.
.
.
walaupun 'dia' diam membisu seribu bahasa
.
.
.
.
.
.
seolah-olah membenarkan aku menelanjangi
.
.
.
.
nafas ku turun naik..... agak susah melucutkan
.
.
.
.
.
tangan ku yang suci berlumuran noda hitam
.
.
.
ingin kuteruskan
.
.
pedulikan kata mereka
.
.
.
aku tak tak peduli
.
.
sekali dapat pasti
.
.
.
akan kuteruskan sehingga berjaya

menakluki 'Nya'
.
.
Baru puas HATIKU bersultan dimata
.
.
Beraja di Hati....
.
.
.
berjaya menakluki 'Nya








Berjaya memasang kembali

..........................

Khamis, Januari 07, 2010

Berpindah Ke Sekolah Baru.

Sedang asyik berada du rumah baru di Taman Sutera Idaman, Sungai Petani, tiba-tiba Kakak Paremes SK Tanjong Tokong menalipon saya........... Roshidan........... kenapa tukar sekolah. Eh saya tak tahu menahu pun. Betulka? Ni ha surat........

Terkejut saya, ada surat pertukaran dari Pejabat Pelajaran Daerah Pulau Pinang.

Selepas itu........ nada Hpon saya beebunyi lagi........ huhuhuhu .......... kenapa tukar........ sianla kat kami...... Suara Cikgu Norhasmiza di corong pon saya. Entah! saya belum tengok surat lagi. saya di SP ni....

Sah..........

dah dua orang telipon saya.

Selepas itu......... Cikigu Jalil Kawan baik saya pula telepon. Ehh kata dapat tukar....... minta ka senyap2 kat? Eh isi borang pun tak........ tapi kalau dah ditukarkan.. kira baguslah Jalil oii. Boleh rasa angin lain pulak. Tentu ada hikmahnya.

Bergegas balik ke Pulau Pinang.

Pagi 30 Disember 2009 pegi ke Pejabat SK Tanjong Tokong yang di cintai berjumpa dengan Kak Parames...... minta surat...... Terima Kasih Kak Parames yang baik budinya membantu saya selama 7 tahun di SK Tanjong Tokong. Tempat dia mencurah rasa gundah hatinya pada saya.

Kak.............
tentu ada baik nya saya bertukar......... saya dahlama membantu pihak sekolah Tg Tokong. Kadang2 buat kerja sampai tak makan, dikata tak buat kerja. Dah hantar apa yang diminta, di caritrakan tak hantar, bila dicari ada dalam bilik............ (Bilik sapa tah)

Saya pergi ke Sekolah Baru....... Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Convent Datuk Keramat dengan hati yang sedik sedih pada mula......... tetapi bila sampai disini saya di sambut oleh Cek Sally.... ketua kerani di sini, emmm Encik Roshidan.... Selamat Datang ke SRJKCCDK. Nanti saya panggil Puan Guru Besar.

Setelah berjumpa dengan Guru Besar..... emmm alangkah leganya hati saya.....................

dan hari ini telah 7 hari saya menjadi warga SRJKCCDK menggalas amanah dan cabaran baru.

Sabtu, Disember 19, 2009

Tempoh Iddah

Tahukah saudara berapa lamakah seseorang perempuan perlu beriddah? Satu bulan? Tiga bulan? Empat bulan? Sampai mati? atau berapa sebenarnya?

Sebenarnya lain perempuan, lain pula tempoh iddahnya. Tempoh ini bergantung kepada jenis perpisahan yang berlaku dan juga keadaan perempuan tadi. Oleh itu, iddah perempuan yang diceraikan berbeza dengan perempuan yang kematian suami. Iddah perempuan yang sedang hamil ketika perpisahan berlaku juga berbeza. Begitu juga perempuan yang telah putus haid, tidak pernah haid dll. Ops! Jangan pening. Saya akan huraikan satu persatu dalam beberapa post.

Jenis 1: Tiga kali suci

Tempoh ini ialah untuk perempuan yang masih didatangi haid dan berpisah melalui perceraian. Maksud tiga kali suci ini ialah, jika dia diceraikan, maka dia perlu beriddah sehingga tiga kali suci daripada haid.
Firman Allah s.w.t, maksudnya: “Perempuan-perempuan yang diceraikan hendaklah menahan diri mereka (menunggu) selama tiga kali quru’ (suci).” — (al-Baqarah 2:228)

Bagaimana mengiranya?

Jika dia diceraikan ketika suci dari haid, maka idahnya akan tamat sebaik sahaja datang haid yang ketiga.
Contoh: Diceraikan dalam keadaan suci (Suci 1) > Haid 1 > Suci 2 > Haid 2 > Suci 3 > Haid 3 —— iddah habis sebaik sahaja haid 3 bermula.

Jika dia diceraikan ketika haid, maka idahnya akan tamat sebaik sahaja kedatangan haid yang keempat.
Contoh: Diceraikan ketika haid (Haid 1) > Suci 1 > Haid 2 > Suci 2 > Haid 3 > Suci 3 > Haid 4 —— iddah habis sebaik sahaja haid 4 bermula.

Khamis, Disember 17, 2009

Tempoh Iddah bagi Wanita Hamil

Dicatatkan bahawa bagi perempuan yang kematian suami ketika sedang mengandung, maka iddahnya tamat apabila dia bersalin, tidak kira sama ada tempoh mengandungnya panjang ataupun pendek, atau sama ada kandungannya cukup bulan atau pun tidak.

Dalam hal ini sebenarnya ada perbincangan panjang antara fuqaha sama ada hendak dikira sehingga wanita ini bersalin ataupun melihat kepada tempoh yang paling panjang (ab’ad al-ajalayn) kerana ada pertindihan dua faktor pengiraan iddah, iaitu kematian dan kehamilan. Perbahasan lanjut hal ini boleh dirujuk dalam kitab-kitab fiqh munakahat.

Namun, mengikut pandangan yang paling kuat, tempoh iddah wanita ini habis apabila dia bersalin (berasaskan ayat ke 4 Surah al-Talaq). Mmm… diulangi, … apabila dia bersalin. Jangan ada pula yang tanya, “Kena tunggu habis nifas ke baru habis iddah?”

Baiklah, kembali kepada topik iddah untuk wanita yang hamil.

Disebutkan dalam Surah al-Talaq ayat yang ke 4, maksudnya:
“Dan bagi wanita-wanita yang hamil, maka ‘ajal’ (tempoh iddah) mereka tamat apabila mereka bersalin.”

Berdasarkan ayat ini, difahami bahawa tempoh iddah bagi perempuan yang diceraikan ketika sedang hamil akan berakhir apabila dia bersalin. Hukum ini mudah difahami kerana antara sebab diwajibkan iddah ialah untuk memastikan rahim wanita tersebut bersih daripada percampuran benih lelaki. Jadi, apabila dia bersalin, maka anak hasil percampuran dengan benih suami telah keluar dan rahimnya telah bersih. Bersih dalam erti kata, tiada benih lelaki dan tiada janin di dalam rahim.